Perjalanan kita,
Tidak sama,
Tidak juga sehaluan.
Janji,
yang pernah engkau lafazkan,
Kau lupa,
dengan mudahnya.
Sahabat,
Kenapa?
Mengapa?
Kau berubah dengan sekelip mata.
Mungkinkah hanya kerana satu kesilapan,
yang pernahku lakukan dahulu?
Kini sudah tiba waktunya.
Maaf,
ku harus pergi.
Pergi jauh dari hidup kau.
Tetapi,
Perpisahan ini,
bukan seperti yang kau cipta.
Perpisahan ini,
adalah jalan yang harus,
ku lalui.
Wahai sahabatku,
Selamat tinggal.
Pergiku bukannya sementara,
Tetapi untuk selamanya.
-AIMISYAMIM-
No comments:
Post a Comment