Monday, September 9, 2013

Lebih baik.

Usah,
Buat apa kau menangis,
kerana dia.

Usah,
Buat apa seksa diri kau,
kerana dia.

Usah,
Kau mampu dapatkan,
lebih daripada dia.

Dia tak hargai kau,
Dia tak ingat kau.
Dia selalu,
sakitkan kau.

Jangan salahkan takdir,
Mungkin kau lebih layak,
mendapatkan yang lebih baik,
daripada dia.

Mana kau tahu,
Allah turunkan,
pendamping yang lebih hebat.
Lelaki/Wanita lebih penyayang.
Lelaki/Wanita lebih soleh/solehah.
Lelaki/Wanita lebih memahami.
Dan banyak lagi.

Kau sabar.
Pasti ada ganjaran,
Kau tunggu,
lihat apa yang berlaku.
Pastinya,
Kau akan lebih bahgia,
daripada dia.

-AIMISYAMIM-


'Ia'.

Dewasa,
Kau bakal mengenalinya.

Kau susah,
Kau senang,
Kau banyak akan tempuhinya,
sendirian.

Dewasa,
Kau akan mengenali erti cinta,
yang sejujurnya.

Remaja,
Saat kau fikir kehadapan,
Saat kau pentingkan 'ia'.

'Ia' bakal memberi kau arah tujuan,
yang sebenar.
Jika kau asyik,
kau leka,
Memikirkan cinta yang tiada hujungnya,
Kau bagai meletakkan diri kau,
didalam arus kegagalan.

Dewasa,
Penentuan kehidupan kau,
bermula daripada 'ia'.

Kau kaya,
Kau berkerjaya,
Semuanya akan terjadi,
jika kau fokus pada 'ia'.

Renungkan.
Dunia makin maju,
sekali kau leka,
Terjunam kau dalam kegelapan,
dunia.

Sunday, September 8, 2013

Selamat tinggal.

Perjalanan kita,
Tidak sama,
Tidak juga sehaluan.

Janji,
yang pernah engkau lafazkan,
Kau lupa,
dengan mudahnya.

Sahabat,
Kenapa?
Mengapa?
Kau berubah dengan sekelip mata.

Mungkinkah hanya kerana satu kesilapan,
yang pernahku lakukan dahulu?

Kini sudah tiba waktunya.

Maaf,
ku harus pergi.
Pergi jauh dari hidup kau.
Tetapi,
Perpisahan ini,
bukan seperti yang kau cipta.

Perpisahan ini,
adalah jalan yang harus,
ku lalui.

Wahai sahabatku,
Selamat tinggal.

Pergiku bukannya sementara,
Tetapi untuk selamanya.

-AIMISYAMIM-

Saturday, September 7, 2013

Lepaskan dia.

Aku suka padanya,
dan dia pun begitu.
Kita mula tertanya-tanya
kenapa dan mengapa.

Kau terfikir,
Apakah patut kau korbankan rasa kasih ini?
Ataupun kau berterusan menjadi sang ego.

Kau menangis.
Kau bangkit.
Hanya cuma untuk menjaga
persahabatan yang sudah lama terjalin.

Kau ingin lihat dia bahagia,
Tetapi kau sering menangis.
Kau ingin dia gembira,
Tetapi pada akhirnya,
Kau sendiri yang kecundang dengan perasaan kau.

Kau tidak mahu dia bersama yang lain,
Walhal kau sendiri yang memberikan peluang itu.

Dengarlah.
Kau lepaskan dia,
Bukan ingin menjadi sahabat yang terbaik.
Tapi cukup,
Untuk kau hilangkan rasa sakit ini.

Ia takkan lama,
Cuma seketika.
Dia hadir dalam hidup kau juga begitu.

Dan kau pun,
Sepatutnya begitu.

Dulu kau cintai dia dengan ikhlas,
Kini kau harus,
Lepaskan dia dengan ikhlas juga.

-AIMISYAMIM-

Kau akan pergi.

Kau terduduk,
di bawah cahaya matahari ini.
Cahaya yang terbentang luas,
Sentiasa menyinari bumi.

Tapi sedar atau tidak,
Cahaya itu memberi kau kesedaran.
Apakah kesedaran itu?
Segalanya terletak pada hati kau.

Kau berdiri, kau berlari.
Selama ini di tempat siapa?

Siapa kau?
Siapa aku?
Kita sama.
Kita keluarga.

Kau dan aku dicipta,
Hanya sementara.

Sedarlah.
Kau dan aku pernah atau tidak
mengucapkan kesyukuran pada-Nya?

Bangkitlah.
Kita akan pergi.
Pergi untuk selamanya.

Jangan kau sesali.
Sesudah kau pergi,
Kau tak mampu lagi mengucapkan
kata-kata yang terindah kepada-Nya.

-AIMISYAMIM-

Friday, September 6, 2013

Tanpa pelangi.

Di suatu malam,
Terdengar kepetahan kita.
Menjadi suatu kebahagiaan,
Yang terindah pada suatu ketika dahulu.

Tetapi kini,
Kau hanyalah bayangan mimpi ku.
Kau dan aku menjadi
Malam tanpa bulan.

Di malam ini,
Aku menanti sang pelangi tiba,
Supaya aku dapat menenangkan jiwa.

Namun sang pelangi telah tenggelam,
Akibat kegelapan malam.

Tanpa pelangi,
Kini aku terhanyut.
Perasaan terbuai buai
di atas kegelapan malam ini.

Wahai pelangi,
Semoga esok hari kau tiba
membawa keceriaan untukku.

-AIMISYAMIM-