Saturday, September 7, 2013

Lepaskan dia.

Aku suka padanya,
dan dia pun begitu.
Kita mula tertanya-tanya
kenapa dan mengapa.

Kau terfikir,
Apakah patut kau korbankan rasa kasih ini?
Ataupun kau berterusan menjadi sang ego.

Kau menangis.
Kau bangkit.
Hanya cuma untuk menjaga
persahabatan yang sudah lama terjalin.

Kau ingin lihat dia bahagia,
Tetapi kau sering menangis.
Kau ingin dia gembira,
Tetapi pada akhirnya,
Kau sendiri yang kecundang dengan perasaan kau.

Kau tidak mahu dia bersama yang lain,
Walhal kau sendiri yang memberikan peluang itu.

Dengarlah.
Kau lepaskan dia,
Bukan ingin menjadi sahabat yang terbaik.
Tapi cukup,
Untuk kau hilangkan rasa sakit ini.

Ia takkan lama,
Cuma seketika.
Dia hadir dalam hidup kau juga begitu.

Dan kau pun,
Sepatutnya begitu.

Dulu kau cintai dia dengan ikhlas,
Kini kau harus,
Lepaskan dia dengan ikhlas juga.

-AIMISYAMIM-

No comments:

Post a Comment